erhu | alat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemain | Kamus Dewan Perdana |
enjit-enjit semut | permainan yg biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berkumpulan. Seorang pemain akan mencubit kura tangan kawannya sambil menyanyikan lagu tertentu dan yg di bawah akan naik ke atas dan seterusnya sambil menyanyikan lagu Enjit-enjit Semut | Kamus Dewan Perdana |
eufonium | alat muzik drp kumpulan alat muzik bras, berbentuk bulat, berserombong besar dan mempunyai tiga hingga lima injap, mengeluarkan nada dasar bes dan dimainkan dlm pancaragam | Kamus Dewan Perdana |
enkeromong | alat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayu | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |