| elektrod | pengalir elektrik yg melaluinya arus elektrik keluar masuk sst bahan, mis elektrolit dan leburan logam, atau peranti, mis tiub elektronik | Kamus Dewan Perdana |
| elektrifikasi | penggunaan elektrik atau penggantian dgn tenaga elektrik pd mesin, kereta api dsb, yg sebelumnya tidak menggunakan elektrik | Kamus Dewan Perdana |
| elektrostatik | cabang ilmu fizik yg berkaitan dgn cas atau medan elektrik statik berbanding dgn elektrik arus | Kamus Dewan Perdana |
| elektrik | tenaga yg diperoleh drp tindakan kimia atau benda bergeser yg dapat menghasilkan haba, cahaya, gerakan dsb utk digunakan pd mesin, lampu, televisyen dsb | Kamus Dewan Perdana |
| elektroskop | alat utk mengesan cas elektrik, yg terdiri drp batang logam dan dua kepingan logam nipis drp emas yg akan terpisah apb terdapat cas elektrik | Kamus Dewan Perdana |
| elektromagnet | besi lembut atau keluli yg menjadi magnet hanya apb arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya, mis yg terdapat dlm sistem telefon dan loceng elektrik | Kamus Dewan Perdana |
| elektro- | berkaitan dgn atau melibatkan tenaga elektrik, mis elektrolisis dan elektrokimia | Kamus Dewan Perdana |
| elektromagnetik | berkaitan dgn arus elektrik dan kuasa magnet | Kamus Dewan Perdana |
| elektrolit | sebatian yg dapat mengalirkan arus elektrik apb dlm keadaan lebur, atau apb larut dlm air, mis larutan akueus atau leburan natrium klorida | Kamus Dewan Perdana |
| elektrolisis | proses yg menggunakan tenaga elektrik utk menyebabkan tindak balas kimia berlaku, mis utk menulenkan logam spt kuprum, dan utk menyadurkan sst logam dgn logam lain | Kamus Dewan Perdana |