Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ém.brio] | ايمبريو

Definisi : (émbrio) (Bio) 1. kandungan ibu dr satu minggu selepas konsepsi sehingga minggu kelapan, mudghah, janin; 2. janin haiwan pd peringkat awal pembesaran sebelum lahir: pemindahan ~ drpd seekor haiwan ternakan kpd haiwan yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ém.brio] | ايمبريو

Definisi : /émbrio/ ist 1 kandungan ibu dr peringkat permulaan hingga ke bulan ketiga. 2 baka binatang pd peringkat awal pertumbuhannya sebelum dilahirkan (menetas). 3 benih bijirin (tumbuh-tumbuhan) pd peringkat awal pertumbuhannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embrio


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
embriohasil persenyawaan antara ovum dgn sperma yg berkembang pd peringkat awal, iaitu enam atau tujuh hari selepas konsepsi hingga minggu kelapanKamus Dewan Perdana
ektodermalapisan paling luar pd embrio, yg membentuk epidermis dan tisu epidermis spt kuku dan rambut, organ deria luaran spt mata dan telinga, dan sistem sarafKamus Dewan Perdana
endospermatisu yg terdapat di dlm kantung embrio tumbuhan berbiji, yg lazimnya menyimpan bahan makanan yg terurai semasa proses percambahanKamus Dewan Perdana
embriogenesisproses pembentukan dan perkembangan embrioKamus Dewan Perdana
endodermalapisan yg paling dalam antara tiga lapisan embrio haiwan, yg berkembang menjadi salur pencernaan, salur pernafasan, paru-paru, dan struktur lain yg berkaitanKamus Dewan Perdana
embriologicabang ilmu perubatan yg mengkaji perkembangan embrioKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas