Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : 1. perbuatan mengganggu (mengusik dsb), usikan, godaan; 2. sesuatu yg mengganggu (mengacau, menghalang, menyusahkan, dsb), halangan; ~ fikiran keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; ~ mental (Ubat) sebarang penyakit atau keadaan seseorang, yg berlaku akibat perubahan organik atau tak organik pd otak, yg seterusnya mengganggu fungsi otak; ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, meraba dsb, biasanya dilakukan berulang-ulang, terutamanya oleh orang lelaki terhadap wanita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gang.guan] | ݢڠݢوان

Definisi : apa-apa yg mengganggu; sesuatu yg menyusahkan dll; halangan. ~ fikiran gangguan yg berlaku pd fikiran seseorang yg menyebabkan dia berasa tidak tenteram, fikirannya cemas atau bercelaru akibat sesuatu tekanan atau masalah yg dihadapi. ~ jiwa gangguan yg berlaku pd jiwa (batin) seseorang. ~ seksual perlakuan yg kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dsb yg berunsur seks, mis kata-kata lucah, perbuatan meraba, yg biasanya dilakukan berulang-ulang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gangguan


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enterotoksinbahan racun yg dihasilkan oleh mikroorganisma yg menimbulkan gangguan pd usus dgn menunjukkan gejala spt keracunan makananKamus Dewan Perdana
estrogenhormon seks yg dirembeskan oleh ovari dan plasenta yg merangsang perubahan pd organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pd mamalia betina. Hormon ini yg tiruan digunakan dlm pil pencegah hamil, rawatan menopaus dan gangguan haidKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas