Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي

Definisi : proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glo.ba.li.sa.si] | ݢلوباليساسي

Definisi : fenomena yg menjadikan dunia kelihatan kecil dr segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat: Dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar. mengglobalisasikan menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, kebudayaan dsb ke peringkat dunia: Matlamat mereka adalah utk ~ perniagaan agar mendapat keuntungan yg banyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata globalisasi


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ESCAPEconomic and Social Commission for Asia and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Pasifik). ESCAP ialah suruhanjaya yg ditubuhkan pd 1947 di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu yg memberikan tumpuan pd soal kemiskinan, globalisasi dan sosial bagi 62 buah negara di Asia dan PasifikKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas