| enkeromong | alat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayu | Kamus Dewan Perdana |
| engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |