embat itu | tempat itulah sst barang itu berada atau dikatakan | Kamus Dewan Perdana |
egalitarianisme | fahaman atau kepercayaan bahawa semua manusia adalah sama, dan dgn itu setiap orang mestilah mendapat hak, keistimewaan dan peluang yg sama | Kamus Dewan Perdana |
emeritus | gelaran yg dianugerahkan oleh universiti kpd profesor yg telah bersara yg terkenal krn ketokohannya. Gelaran emeritus itu membolehkan sso menggunakan gelaran profesor sehingga akhir hayat | Kamus Dewan Perdana |
ekofak | benda-benda alam tinggalan zaman prasejarah spt tulang binatang, cangkerang atau kulit siput yg digunakan oleh manusia pd masa itu | Kamus Dewan Perdana |
epentesis | penyisipan huruf atau bunyi ke dlm kata, terutamanya kata pinjaman, tanpa perubahan maknanya supaya sesuai dgn bunyi bahasa peminjam itu, mis penyisipan huruf e dlm kata gelas | Kamus Dewan Perdana |
entalpi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: H | Kamus Dewan Perdana |
eksponen | nombor atau huruf yg ditulis di sebelah kanan atas sst nombor atau huruf utk menunjukkan berapa kali nombor atau huruf tsb didarabkan dgn nombor atau huruf itu sendiri, mis bagi x³, 3 ialah eksponen bagi x | Kamus Dewan Perdana |
elipsis | pengguguran sebahagian kata dlm sst ungkapan atau teks yg tidak menjejaskan maksud, dan boleh diwujudkan semula berdasarkan konteks, mis bagi soalan Sudah makan? dijawab Sudah. Jawapan sudah itu elipsis | Kamus Dewan Perdana |
eksotisme | gambaran objek atau kehidupan dr negara asing semata-mata utk menarik minat pembaca atau peminat sastera kpd keunikan atau keindahannya, tanpa mengambil kira sama ada gambaran itu betul-betul wujud atau sebaliknya | Kamus Dewan Perdana |