| empal | lauk yg dibuat drp daging lembu, kerbau atau kambing yg direbus sehingga empuk bersama-sama gula merah, kemudian dipotong-potong agak nipis dan digoreng sehingga garing | Kamus Dewan Perdana |
| eber | kulit yg kendur dan melandur di bahagian bawah leher lembu, kerbau dsb, serta bahagian telinga dan dagu ayam | Kamus Dewan Perdana |
| ekor | bahagian paling hujung pd ikan, cacing, ular dsb, atau bahagian yg bertulang dan menganjur keluar dr tulang punggung haiwan spt lembu dan kerbau, atau bahagian berbulu pelepah yg memanjang atau menegak pd burung, ayam dsb | Kamus Dewan Perdana |