Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.mia] | کيميا

Definisi : ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenal­pastian bahan (analisis kualitatif) dan penen­tuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn meng­gunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg ber­kaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg di­keluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ki.mia] | کيميا

Definisi : , = ilmu ~ cabang ilmu sains mengenai juzuk, kandungan dan sifat-sifat sesuatu bahan serta tindak balas yg membentuk atau yg mengubah keadaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kimia


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektrokimiacabang ilmu kimia yg berkaitan dgn hubungan antara fenomena elektrik dgn fenomena kimiaKamus Dewan Perdana
pengemulsibahan kimia yg ditambahkan pd bahan lain yg dlm keadaan emulsi spt makanan, utk mengekalkan keadaan emulsi bahan ini supaya tekstur, warna, rasa dsb tidak berubah, mis lesitin dlm marjerinKamus Dewan Perdana
elektroanalisisanalisis kimia dgn menggunakan kaedah elektrolisisKamus Dewan Perdana
elektriktenaga yg diperoleh drp tindakan kimia atau benda bergeser yg dapat menghasilkan haba, cahaya, gerakan dsb utk digunakan pd mesin, lampu, televisyen dsbKamus Dewan Perdana
endoterma(bkn proses atau tindak balas kimia) yg menyerap habaKamus Dewan Perdana
eksoterma(bkn proses atau tindak balas kimia) berlaku dgn pembebasan habaKamus Dewan Perdana
elektrolisisproses yg menggunakan tenaga elektrik utk menyebabkan tindak balas kimia berlaku, mis utk menulenkan logam spt kuprum, dan utk menyadurkan sst logam dgn logam lainKamus Dewan Perdana
etanagas dlm kumpulan alkana yg tidak mempunyai warna atau bau dan mudah terbakar, yg diperoleh drp gas asli dan petroleum, digunakan sbg bahan api dan utk membuat bahan kimia organik. Formula: C₂H₆Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas