Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.mén] | کومين

Definisi : (komén) 1. teguran, kritikan, atau pe­merhatian utk menyatakan pendapat, pan­dangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.mén] | کومين

Definisi : /komén/ pendapat atau buah fikiran yg diberikan mengenai sesuatu hal. mengomen memberikan komen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
komen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan teguran, kritikan, perhatian, pendapat, pandangan, ulasan, komentar.,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epilogbahagian akhir sesebuah karya atau drama yg memberi komen atau ringkasan ttg karya yg berkenaanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas