Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek) cemperai, cipreh, cimpri, Champereia griffithii; rumput ~ sj tumbuhan (herba), ruku hutan, rumput talan, tasik-tasik, timba tasik, Adenosma capitatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.cing.ku.cing] | کوچيڠ٢

Definisi : otot di lengan atau di kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing-kucing

Puisi
 

Ambil limau di tepi beting,
     Beting ada di kebun limau;
Kalau rimau gurunya kucing,
     Kenapa kucing takutkan rimau?


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(45)

300

The leopard does not change his spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard does not change his spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor kucingpokok renek sehingga kira-kira 3 m tinggi, berdaun lebar dan bergerigi, berbunga halus berwarna merah tua, tumbuh padat pd jambak yg berjuntai spt ekor kucing, dan biasa ditanam sbg pokok hiasanKamus Dewan Perdana
ekor kucingherba yg tingginya sehingga kira-kira 1 m, bercabang, berbulu halus, daunnya bergerigi, berbunga halus berwarna ungu muda dan berjambak menegak, biasanya hidup di kawasan lembap yg terbuka, dan mempunyai nilai perubatan tradisionalKamus Dewan Perdana
ekor kucingekor anjing (tumbuhan)Kamus Dewan Perdana
ekor anjingtumbuhan jenis kekacang yg sedikit berkayu, agak rendah, mempunyai bunga biru keunguan, berbulu dan berjambak spt ekor kucing, hidup liar dan ditanam sbg tanaman hiasan, dan juga mempunyai nilai perubatan tradisionalKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas