Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Lautan dapat diduga,
     hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.

Bermaksud :

Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(18)

45

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
El Salvadornegara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856Kamus Dewan Perdana
Ecuadornegara republik yg terletak di Amerika Selatan, tanahnya meliputi dataran pantai Lautan Pasifik dan dipisahkan oleh banjaran dan penara pergunungan Andes yg terdiri drp hutan lembah Amazon. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1822 dan menjadi republik pd tahun 1830Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas