Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak kuat atau tidak bertenaga (kaki atau bahagian-bahagian lain tubuh): segenap sendi anggotanya lemah ~, tidak berdaya hendak berjalan; 2. ki tidak bergerak (berjalan): segala kerja kesatuan itu telah ~; bagai si ~ pergi merantau prb tidak mungkin dilakukan; yg ~ penghuni rumah = yg ~ pengejut ayam prb setiap orang itu ada gunanya; melumpuhkan menjadikan lumpuh, me­lemahkan: tujuan mereka hendak ~ gerakan gerila di hutan; kelumpuhan perihal lumpuh: setelah meng­alami ~ selama beberapa tahun, kesatuan itu mulai bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak kuat dan tidak bertenaga (bkn kaki atau bahagian tubuh yg lain): Emaknya tidak dpt berjalan kerana menghidap penyakit ~. 2 ki tidak bergerak atau tidak berjalan (bkn sesuatu). perniagaan, persatuan dll): Pemogokan itu menyebabkan ekonomi negara menjadi ~. melumpuhkan menjadikan lumpuh; melemahkan: Mereka tidak berjaya menakluk Melaka tetapi berjaya ~ kuasa Portugis. kelumpuhan keadaan lumpuh; kelemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumpuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan sapih: tepok, capik, petut, layuh,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tidak bergerak, tidak berjalan, berhenti, terbantut, gagal,

Kata Terbitan : melumpuhkan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektroterapikaedah merawat penyakit dgn mengalirkan tenaga elektrik melalui tisu tubuh utk merangsang saraf dan otot, digunakan terutamanya utk pesakit yg lumpuhKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas