eka- | membawa maksud satu atau tunggal, mis ekabahasa dan ekanada | Kamus Dewan Perdana |
erti | maksud yg terkandung atau dirujuk oleh sst perkataan, ungkapan, tanda, isyarat, perbuatan dsb | Kamus Dewan Perdana |
mengerti | mengetahui atau memahami maksud yg terkandung dlm sst perkataan, ungkapan, perbuatan dsb | Kamus Dewan Perdana |
mengertikan | menjelaskan maksud (sst) | Kamus Dewan Perdana |
elipsis | pengguguran sebahagian kata dlm sst ungkapan atau teks yg tidak menjejaskan maksud, dan boleh diwujudkan semula berdasarkan konteks, mis bagi soalan Sudah makan? dijawab Sudah. Jawapan sudah itu elipsis | Kamus Dewan Perdana |