Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekuinokswaktu matahari berada di khatulistiwa menyebabkan siang dan malam sama panjang di serata tempat di dunia, iaitu pd 20 Mac dan 22 September atau 21 Mac dan 23 September setiap tahunKamus Dewan Perdana
embek*bidai, tabir dll drp buluh, rotan dsb utk melindungi sst drp cahaya matahariKamus Dewan Perdana
ekliptikgarisan melengkung yg dibayangkan wujud di langit kesan pergerakan tahunan Bumi mengelilingi Matahari, yg mengandungi 12 zodiak, iaitu Skorpio, Leo, Akuarius, Aries, Pises, Kaprikorn, Gemini, Sagitarius, Libra, Kanser, Virgo dan Taurus yg setiap satu lebarnya 30° dan tingginya 8° ke utara dan selatan dr tengah-tengah garisanKamus Dewan Perdana
ebektabir atau bidai drp anyaman buluh dsb pd jendela yg melindungi sst ruang drp panas matahariKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas