Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekatkan

Peribahasa

Meletakkan (= melekatkan) api di bubungan (di bumbung).

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
engkahperekat atau gam utk melekatkan kayuKamus Dewan Perdana
embalaubahan spt damar yg dihasilkan oleh serangga kelulut, yg digunakan utk membuat piring hitam, utk melekatkan keris, parang dll pd hulunya, serta sbg bahan penebat atau varnisKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas