Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencapai

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kita baru mencapai pengayuh,
     orang sudah tiba ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elandbinatang mamalia dlm keluarga kijang yg terbesar, boleh mencapai sehingga 2 meter tinggi, dan mempunyai tanduk yg panjang dan berpintal di bahagian pangkalnyaKamus Dewan Perdana
ekonomik(bkn penggunaan masa, wang, tenaga dll) paling sedikit yg boleh supaya tidak membazir dan sia-sia utk mencapai hasil yg optimumKamus Dewan Perdana
emuburung besar yg tidak boleh terbang yg rupanya seakan-akan burung unta, mempunyai bulu lembut yg berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m dan berat sehingga 45 kg dan hanya terdapat di AustraliaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas