efikasi | kebolehan utk menghasilkan sst mengikut apa yg diingini atau dikehendaki | Kamus Dewan Perdana |
eugenik | kajian ttg kaedah utk menghasilkan manusia yg berkualiti dgn memilih pasangan yg terbaik utk mendapatkan anak berkualiti | Kamus Dewan Perdana |
pengesteran | proses menghasilkan ester melalui pemanasan asid karboksilik bersama-sama dgn alkohol, dgn adanya mangkin asid tak organik | Kamus Dewan Perdana |
epal | pokok sederhana kecil yg banyak ditanam di kawasan beriklim sejuk utk menghasilkan buah yg boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |
elektrik | tenaga yg diperoleh drp tindakan kimia atau benda bergeser yg dapat menghasilkan haba, cahaya, gerakan dsb utk digunakan pd mesin, lampu, televisyen dsb | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
e-penerbitan | penerbitan bahan atau dokumen yg kerja editorial dilaksanakan secara elektronik utk menghasilkan bahan digital, mis e-jurnal, e-majalah, e-buku dan e-dokumen | Kamus Dewan Perdana |
ekor kuda | pokok sederhana tinggi yg hidup liar di hutan, daunnya berbentuk spt jarum atau duri, buahnya kecil, bulat, berwarna hijau dan menghasilkan kon | Kamus Dewan Perdana |