[mu.lia] | موليا
Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, menghormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mu.lia] | موليا
Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)