Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.sar] | ڤاسر

Definisi : bangunan atau kelompok gerai dsb tempat menjual (biasanya) barang-barang makanan keperluan sehari-hari, tempat (la­pangan dsb utk) orang berjual beli: ~ Chow Kit di Kuala Lumpur; lebuh pekan ~ pun penuh dgn kedai; ~ amal (derma, ria) pasar yg diadakan oleh badan amal dll utk mengutip derma; ~ besar pasar (tempat menjual ikan, sayur, dll) yg terbesar di sesuatu tempat; ~ borong pasar tempat menjual barang-barang dagangan secara borong atau banyak-banyak kpd pe­niaga runcit; ~ gelap tempat berjual beli yg tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yg diharamkan dll); ~ lambak tempat menjual barang-barang murah yg dilambakkan (spt di tepi jalan dll); ~ malam a) pasar pd waktu malam; b) tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan (tempat makan dll) yg dibuka utk beberapa hari pd waktu malam; ~ mini kedai moden yg tidak berapa besar yg menjual barang-barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri; ~ modal = pasaran modal (Eko) badan (lembaga) kewangan yg meminjamkan wang (bank dll); ~ raya kedai moden yg besar yg menjual berbagai-bagai barang makanan (biasanya dlm tin, bungkusan, dsb) dan barang-barang keperluan lain secara layan diri; ~ tahunan pasar yg ada bermacam­-macam pertunjukan dll yg diadakan tiap-tiap tahun; ~ tani pasar yg khusus utk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kpd orang ramai; memasarkan 1. menjual sesuatu di pasar; 2. memperdagangkan: ~ barang-barang pengeluaran; pasaran 1. kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli); 2. lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi kesempatan utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan: kita harus bekerja keras utk mencari ~ di luar negeri; 3. permintaan pembeli atau penawaran penjual: bukunya mendapat ~ baik selama beberapa minggu di Amerika; pegawai ~ orang yg bertugas memperluas (mencari dll) pasaran utk barang-barang; 4. kualiti kurang baik (barang dagangan); ~ bebas (Eko) kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga (banyak­nya); ~ bersama (Eko) beberapa negara yg meniadakan (menghapuskan) cukai antara mereka dan mengenakan cukai import yg sama terhadap negara lain; ~ buruh pasaran yg berkaitan dgn penawaran dan permintaan tenaga manusia; ~ dlm negeri pasaran terhad di dlm negeri; ~ dunia pasaran di negara­negara di dunia (antarabangsa); ~ saham tempat berjual beli saham; ~ terbuka pasaran yg tidak dikenakan sekatan atau rintangan (terbuka kpd semua peniaga) dgn harga barang bergantung pd penawaran dan permintaan; ~ wang (Eko) pusat (tempat) berjual beli mata wang luar (emas dll); pemasaran perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; pemasar pihak (orang, firma dsb) yg memasarkan sesuatu produk, perkhidmatan dsb: ~ utama benih kayu jati tempatan; ~ pakaian berjenama itu sanggup membiayai kos pengiklanan yg agak besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sar] | ڤاسر

Definisi : Mn licin (bkn jalan yg mati rumput­nya kerana selalu dilalui); ~ jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang prb Mn orang tentu menjadi mahir dlm sesuatu lapangan kalau selalu mengerjakannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.sar] | ڤاسر

Definisi : 1 tempat orang berjual beli; pekan: Saya hendak ke ~ membeli sayur. 2 perdagangan mengenai barang-barang tertentu saja: ~ getah; ~ wang. ~ amal (derma) pasar yg diadakan utk mengutip derma. ~ besar pasar yg terbesar di sesuatu kawasan tempat barang makanan spt ikan, sayur, dan buah-buahan dijual. ~ borong pasar tempat barang-barang dijual secara borong. ~ gelap a. tempat barang-barang yg terlarang di sisi undang-undang dijual. b. jual beli secara haram atau melanggar undang-undang. ~ malam a. pasar yg diadakan pd waktu malam: berniaga di ~ malam. b. tempat berbagai-bagai pertunjukan dll diadakan utk beberapa malam saja. ~ minggu pasar yg diadakan seminggu sekali saja (pd hari minggu). memasarkan menjual barang-barang dagangan; memperdagangkan: Pihak MARA telah berusaha ~ kain batik ke luar negara. pasaran 1 permintaan atau pembelian atas sesuatu barang: Kasut buatan tempatan mendapat ~ yg baik di luar negara. 2 peluang perdagangan atau penjualan: ~ luar negara. pemasaran perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,

Puisi
 

Pergi ke pasar membeli bayam,
     Bayam ada bercampur kangkung;
Jangan diturut resmi ayam,
     Belum bertelur riuh sekampung.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Pasar jalan kerana diturut,
     lancar kaji kerana diulang.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
bererotberjalan beriring-iringan dan berbaris-baris dlm kumpulan yg ramai, mis orang yg pergi kenduri, pasar malam dan keramaian, atau kumpulan itik yg balik ke rebanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas