pengelusi | cecair yg digunakan sbg pelarut dlm proses elusi | Kamus Dewan Perdana |
elusi | proses mengekstrak bahan, biasanya pepejal, drp campuran bahan dgn menggunakan cecair atau pelarut | Kamus Dewan Perdana |
eter | cecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |
etanol | cecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg dihasilkan drp petroleum atau penapaian karbohidrat dan digunakan sbg pelarut. Formula: C₂H₅OH | Kamus Dewan Perdana |
etanolamina | sebarang sebatian organik berbentuk cecair likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia, dan larut campur dlm air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk membuat detergen, cat emulsi dan penggilap. Formula: NH₂(CH₂)₂OH | Kamus Dewan Perdana |
etil asetat | cecair dlm kumpulan ester yg berbau manis spt buah, tidak berwarna, mudah meruap dan mudah terbakar, diperoleh drp pengesteran asid asetik dgn etanol, digunakan dlm minyak wangi dan bahan perasa, serta sbg pelarut. Formula: CH₃COOC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |