Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : 1. kesimpulan yg dibuat atau diper­oleh drpd berfikir (dan membayangkan sikap atau pendirian seseorang tentang sesuatu), pandangan, fikiran: ~ Hussain dlm hal ter­sebut bertentangan dgn pendirian ayahnya; ~ umum pendapat orang ramai; 2. orang yg mula-mula memikirkan (mendapatkan, men­cipta­kan) sesuatu yg baru (belum ada, belum diketahui sesiapa), penemu: ~ utama dlm hal televisyen ialah Mr. Baird dr Scotland; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.da.pat] | ڤنداڤت

Definisi : fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapat

Peribahasa

Banyak udang banyak garam,
     banyak orang banyak ragam.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekstremisorang atau golongan yg mempunyai pendirian dan pendapat yg melampau dlm hal politik, agama dll, terutamanya mereka yg bertindak ganas atau menyalahi undang-undangKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas