Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eliksircecair yg dikatakan oleh ahli sains Zaman Pertengahan dapat mengubah logam menjadi emas, dan dapat memanjangkan usiaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas