Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pen­dek­­­nya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding; meringkaskan 1. menjadikan ringkas, men­jadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), meng­ikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan; ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan; keringkasan perihal, keadaan atau sifat ring­­­kas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya; peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ring.kas] | ريڠکس

Definisi : tidak panjang (bkn cerita, karangan, laporan dll); pendek: Jawab soalan ini dgn ~. laporan ~. meringkaskan menjadikan pendek atau singkat (bkn cerita, laporan dll); menyingkatkan; memendekkan: Murid-murid diajar cara-cara ~ karangan. teringkas ringkas sekali; paling ringkas. ringkasan sesuatu yg telah diringkaskan; inti sari drpd sesuatu cerita dll; singkatan. keringkasan keadaan atau sifat ringkas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ringkas (adjektif)
Bersinonim dengan pendek, singkat, padat, tidak panjang;,
Kata Terbitan : meringkaskan, ringkasan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epitafpernyataan ringkas secara bertulis pd batu nisan atau patung utk memperingati sso yg meninggal dunia, atau yg ditulis pd tugu atau bangunan utk memperingati sst peristiwa pentingKamus Dewan Perdana
ekonomisringkas, tepat dan padatKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas