eter | cecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |
enrolmen | hal atau urusan mendaftarkan diri sbg pelajar di institusi, kolej dsb, atau sbg ahli dlm sst pertubuhan, persatuan dsb | Kamus Dewan Perdana |
ek# | digunakan sbg penegas pertanyaan, biasanya diletakkan pd akhir ayat | Kamus Dewan Perdana |
eolit | batu yg digunakan sbg alat memotong, merodok dsb pd Zaman Batu Awal | Kamus Dewan Perdana |
berengkau | menggunakan engkau sbg kata ganti nama diri kedua dlm perbualan, percakapan dsb | Kamus Dewan Perdana |
endorsan | catatan di belakang cek sbg tanda penerimaan | Kamus Dewan Perdana |
pengelusi | cecair yg digunakan sbg pelarut dlm proses elusi | Kamus Dewan Perdana |
pengedar | orang, syarikat dll yg berperanan sbg orang tengah di antara pengeluar dan peruncit, atau pembeli dgn penjual barangan spt kereta atau buku | Kamus Dewan Perdana |
engkerurai | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di Sarawak | Kamus Dewan Perdana |
engkerumong | alat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajat | Kamus Dewan Perdana |