Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
keempatselepas yg ketiga dan sebelum yg kelima bilangan, urutan atau kedudukan sso atau sstKamus Dewan Perdana
escudo(unit) mata wang yg digunakan di Portugal sebelum euro, yg nilainya bersamaan dgn 100 sentavo. Simbol: EscKamus Dewan Perdana
keenamdlm bilangan, urutan atau kedudukan selepas yg kelima dan sebelum yg ketujuhKamus Dewan Perdana
emirateunit mata wang lama yg digunakan di Emiriah Arab Bersatu sebelum dirhamKamus Dewan Perdana
enamangka yg dilambangkan dgn 6, vi atau VI yg hadir selepas lima dan sebelum tujuhKamus Dewan Perdana
empatangka yg dilambangkan dgn 4, iv dan IV yg hadir selepas tiga dan sebelum limaKamus Dewan Perdana
editororang yg memperbaik, memperkemas atau menyemak berita atau rencana dr segi ejaan, tatabahasa, fakta dsb sebelum disiarkan dlm akhbar, majalah dsbKamus Dewan Perdana
EUEuropean Union (Kesatuan Eropah). EU ialah pertubuhan yg dianggotai oleh negara-negara Eropah berkaitan dgn ekonomi dan politik, mis mewujudkan dasar ekonomi, perdagangan, pertanian dan kewangan yg sama supaya terbentuk satu rantau Eropah yg bersatu. Sebelum 1993, pertubuhan ini dikenali sbg EEC (Kesatuan Ekonomi Eropah)Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas