Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : segenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : semuanya sekali dikira satu; segenap: ~ dunia. menyeluruh me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. keseluruhan hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elitrasayap hadapan pd serangga drp order Coleoptera yg keras dan tebal, sbg pelindung yg menutupi seluruh abdomen dan sayap belakang, dan tidak berfungsi utk terbang, mis yg terdapat pd kumbangKamus Dewan Perdana
eritrositsel utama yg terdapat di dlm darah vertebrat, yg mengandungi hemoglobin dan terlibat dlm pengangkutan oksigen dr paru-paru ke seluruh tisu, dan pengangkutan karbon dioksida dr tisu ke paru-paru. Eritrosit ialah kata teknikal bagi sel darah merahKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas