Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.nar] | سينر

Definisi : pancaran cahaya (sesuatu yg berkilau): pagi pun tibalah bersama ~ matahari; ~ alfa (Fiz) sj sinar bercas positif yg terdiri drpd nukleus helium; ~ beta (Fiz) sj sinar bercas negatif yg terdiri drpd elektron; ~ gama (Fiz) sj sinar yg bertenaga tinggi; ~ kosmos (Fiz) sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi (lazimnya terdiri drpd proton, elektron, dll); ~ mata a) cahaya yg tajam dr mata (ketika marah dll); b) kelipan mata; ~-semi­nar mengeluarkan cahaya yg gilang-gemilang, memancar-mancar; bersinar, menyinar 1. mengeluarkan sinar, memancarkan (cahaya): matahari ~ mene­rangi alam; ~ titisan air matanya di pipi; 2. ki berseri atau harum namanya dll: kali ini pasti ucapannya akan disiarkan dan akan ~lah tokohnya kelak; bersinar-sinar memancarkan sinar yg gi­lang-gemilang, memancar-mancar, sinar-­seminar: lampu yg ~ bergemerlapan meng­hiasi malam; menyinari 1.memancarkan cahaya kpd, menerangi, menyuluhi: tubuh badannya te­rang-benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu; 2. ki mengajar makhluk Allah (manusia, dll) supaya dapat melihat kebenar­an-Nya: al-Quran itu ~ alam ini supaya tidak kegelapan; menyinarkan memancarkan (mengham­burkan) sinar: matahari telah pun ~ cahaya­nya; sinaran 1. sinar; 2. (Fiz) pancaran dan rambatan gelombang, spt cahaya atau bunyi, yg menghantar tenaga melalui ruang atau medium lain; ~ elektromagnet rambatan tenaga yg dihasilkan oleh getaran medan elektrik dan medan magnet, mis gelombang radio dan X-ray; 3. (Fiz) aliran zarah, spt zarah alfa, beta, gama, elektron dan neutron; penyinaran perbuatan menyinarkan atau menyinari; penyinar ki yg memberikan harapan, se­mangat dsb: ibu tua itulah yg menjadi pem­bimbing, teman dan ~ hidupnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.nar] | سينر

Definisi : , = sinaran pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. bersinar mengeluarkan sinar; memancarkan cahaya dll: Matahari ~ menerangi alam. bersinar-sinar me­ngeluarkan cahaya atau sinar yg gilang-gemilang; memancar-mancar cahayanya: Tiba-tiba terlihat oleh baginda cahaya hijau ~. menyinari memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. menyinarkan memancarkan atau meng­hamburkan si­nar: Dia melihat matahari terbit ~ cahaya yg gilang-gemilang, menerangi seluruh alam. penyinaran perihal, proses dsb menyinari atau menyinarkan. penyi­nar orang yg memberikan harapan atau semangat, atau yg mendatangkan keceriaan kpd seseorang atau sesuatu pihak: Anak gadisnyalah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinar
Kata Terbitan : sinaran, bersinar, menyinar, bersinar-sinar, menyinari, menyinarkan, penyinaran,

Puisi
 

Lang Buana mengait ciku,
     Gugur sebiji ke Majapahit;
Hilang warna manikam biru,
     Terkena sinar intan yang baik.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epidiaskopprojektor utk menayangkan gambar benda-benda legap atau lut sinarKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas