Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1. cara atau kaedah utk melakukan sesuatu, aturan: menurut ~ tulisan yg dipakai sekarang, kata-kata ulang ditulis dgn cara menggunakan sempang; 2. kumpulan bebe­rapa bahagian (alat dll) yg sama-sama bekerja utk satu tujuan: ~ penghadaman; ~ saraf; 3. kumpulan pendapat (prinsip, teori, dll) yg teratur dan tersusun baik-baik (biasanya di­jadikan pegangan), cara atau kaedah yg teratur utk melakukan sesuatu: ~ pendidikan; ~ pemerintahan; bersistem ada sistemnya, menurut sistem, sistematik; mensistemkan menjadikan bersistem; pensisteman proses menjadikan bersistem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sis.tem] | سيستم

Definisi : 1 cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yg teratur utk melakukan sesuatu; pendapat yg teratur dan tersusun baik-baik yg dijadikan pe­gangan: ~ pendidikan; ~ pemerintahan demokrasi. 2 kumpulan beberapa ba­hagian atau alat yg sama-sama bekerja utk tujuan yg satu: ~ urat saraf. ~ saraf pusat kelompok tisu saraf yg mengawal dan menyelaraskan kegiatan haiwan. ~ interaktif ist sistem yg membolehkan pengguna berhubung terus dgn atur cara komputer yg sedang dijalankan, iaitu yg melibatkan komunikasi dua hala. ~ pengendalian cakera ist perisian utama yg mengawal pengendalian sistem yg dimuatkan ke dlm cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
entalpiciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: HKamus Dewan Perdana
entropiciri termodinamik sst sistem yg mengukur ketaktertiban atom, ion atau molekul sst sistem, iaitu ketiadaan haba dlm sst sistem utk diubah kpd kerja mekanikal. Simbol: SKamus Dewan Perdana
euritmiksistem latihan muzik utk memahami ritma melalui gerak anggota badanKamus Dewan Perdana
ekosistemsistem biologi yg terdiri drp komuniti haiwan, tumbuhan dsb di sst tempat dan hubungannya dgn persekitaranKamus Dewan Perdana
endokrin(bkn kelenjar, sistem dsb) merembeskan hormon dsb terus ke dlm darah atau limfaKamus Dewan Perdana
e-tuntutansistem penyemakan tuntutan bayaran perkhidmatan, bekalan dsb melalui elektronikKamus Dewan Perdana
efektif(bkn usaha, alat, sistem dll) berkesan dan berjayaKamus Dewan Perdana
ekafungsi(bkn benda, alat, sistem dll) mempunyai satu fungsiKamus Dewan Perdana
ekarunit utk mengukur keluasan tanah dlm sistem British. Satu ekar bersamaan dgn 4840 ela persegi atau 4046.86 meter persegiKamus Dewan Perdana
eklektisismeamalan atau prinsip memilih idea, kepercayaan, objek, sistem dll drp pelbagai sumber yg luas dan berlainan agar memperoleh pilihan yg terbaikKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas