Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. timbunan tanah dll utk menahan air, bendung, benteng, gili-gili; 2. jalan dll yg dibuat drpd timbunan tanah dll menyeberangi selat (tanah bencah dll): kalau hendak mem­buat jalan kereta api di tanah pamah pula, maka terpaksa dibuat ~ yg bertepi curam; 3. kolam di tepi laut (diberi berbatas) utk memelihara ikan, tebat; menambak 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; ~ gunung menggarami laut prb mem­beri pertolongan kpd orang yg sekali-kali tidak perlu ditolong; penambak sesuatu yg dijadikan tambak (tanah, batu, dll): tanah itulah hendak di­buatnya ~ di seberang sini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tambak (kata nama)
Bersinonim dengan benteng, tembok, bendungan, tebat, empangan, ban, daik, permatang, tanggul, gili-gili, embarau, padak, ambak, dinding, bakut, buruj;,
Kata Terbitan : menambak,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
empangtambak yg dibina di sungai, tepi laut dsb utk memelihara ikanKamus Dewan Perdana
embarauban atau tambak yg kuat, dibuat drp tanah, batu dll atau pagar kayu, yg dibina di tepi sungai atau laut utk menahan limpahan air drp melepasi tebingKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas