enapan | bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drp campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb | Kamus Dewan Perdana |
epilimnion | lapisan air di bahagian paling atas tasik atau laut yg biasanya mempunyai kepekatan oksigen yg tinggi | Kamus Dewan Perdana |
empirang sungai | ikan air tawar bersaiz kecil yg bergigi besar, yg tinggal di sungai dan tasik dan memakan krustasea dan serangga | Kamus Dewan Perdana |
Estonia | negara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991 | Kamus Dewan Perdana |