esa | (bkn Allah) tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tidak ada yg lain lagi seumpama-Nya atau sama seperti-Nya | Kamus Dewan Perdana |
enggan | tidak mahu atau tidak ingin melakukan sst | Kamus Dewan Perdana |
encer | tidak pekat atau tidak likat dan boleh mengalir | Kamus Dewan Perdana |
eufemisme | ungkapan atau kata yg halus, lembut, sopan dan manis utk menggantikan ungkapan atau kata yg tidak menyenangkan, tidak sopan dsb, mis buang air besar utk berak | Kamus Dewan Perdana |
enggan-enggan | mahu tidak mahu, atau hendak tidak hendak | Kamus Dewan Perdana |
encal-encal | (berbuat sst dsb) dgn tidak sungguh-sungguh atau tidak hati-hati | Kamus Dewan Perdana |
epilepsi | penyakit saraf yg menyebabkan sso tiba-tiba tidak sedarkan diri, terjatuh, bergerak-gerak secara tidak terkawal selama beberapa minit, dan kemudiannya menjadi lemah lalu tertidur. Epilepsi ialah kata teknikal bagi sawan babi | Kamus Dewan Perdana |
entah | tidak tahu, biasanya diikuti oleh kata tanya atau frasa | Kamus Dewan Perdana |
enggak | tidak | Kamus Dewan Perdana |
engas | bau tidak enak yg menusuk hidung, mis bau cuka atau alkohol | Kamus Dewan Perdana |