Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.di.sio.nal] | تراديسيونل

Definisi : berkaitan dgn, bersifat, atau meng­ikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.di.sio.nal] | تراديسيونل

Definisi : bersifat atau bercorak tra­­disi: masyarakat ~ masyarakat yg mengamal­kan cara hidup yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tradisional


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ejingpermainan tradisional yg memerlukan pemain membaling bola pd barisan buah sintukKamus Dewan Perdana
egrangpermainan tradisional yg menggunakan jangkunganKamus Dewan Perdana
erhualat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemainKamus Dewan Perdana
enkeromongalat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayuKamus Dewan Perdana
enkeratongalat muzik tradisional yg termasuk dlm jenis kordofon bertali empat atau lebihKamus Dewan Perdana
enkerababalat muzik tradisional yg termasuk dlm jenis kordofon bertali duaKamus Dewan Perdana
engkeruraialat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di SarawakKamus Dewan Perdana
engkerumongalat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajatKamus Dewan Perdana
ekor meraktumbuhan jenis herba drp genus Selaginella yg kebanyakannya merayap di bawah pokok besar, dan menyerupai paku-pakis. Ada beberapa spesies yg ditanam sbg hiasan, dan kebanyakannya mempunyai khasiat ubatan tradisionalKamus Dewan Perdana
ekor anjingtumbuhan jenis kekacang yg sedikit berkayu, agak rendah, mempunyai bunga biru keunguan, berbulu dan berjambak spt ekor kucing, hidup liar dan ditanam sbg tanaman hiasan, dan juga mempunyai nilai perubatan tradisionalKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas