Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1. arah, hala, haluan; 2. yg dituju, maksud, matlamat, tuntutan: tiap-tiap manusia berusaha utk mencapai ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juan] | توجوان

Definisi : 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Selagi langit payungi awan,
     Hujan juga merintis embun;
Selagi sampai segala tujuan,
     Badan binasa musuh berembun.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Merenangi laut lepas.

Bermaksud :

Pergi merantau tanpa tujuan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ewahdigunakan utk tujuan menyindir, bergurau dsbKamus Dewan Perdana
euroyen(unit) mata wang Jepun yg didepositkan di bank-bank di Eropah utk tujuan perdaganganKamus Dewan Perdana
entrismeamalan menyusup masuk ke dlm sesebuah pertubuhan politik yg sedia ada dgn tujuan mengubah ideologinya, dasarnya dsbKamus Dewan Perdana
ekshibisionismependedahan tubuh atau sebahagian tubuh, terutamanya kemaluan dgn tujuan utk merangsang perasaan ghairah pd dirinya atau orang lainKamus Dewan Perdana
estetladang atau kebun yg luasnya melebihi seratus ekar dan ditanami dgn tanaman yg biasanya utk tujuan eksport, spt getah, kelapa sawit atau kokoKamus Dewan Perdana
ekolancongpelancongan yg berasaskan alam semula jadi spt hutan tropika, pantai atau pulau dgn tujuan utk menikmati keindahan serta memulihara alam semula jadiKamus Dewan Perdana
epekkain panjang yg agak tebal yg dililitkan pd perut wanita, biasanya yg baru melahirkan anak, dgn tujuan utk mengempiskan perutKamus Dewan Perdana
mengeksportmenghantar (barang-barang atau perkhidmatan yg dihasilkan di dlm negara) ke luar negara utk tujuan perdaganganKamus Dewan Perdana
ekopelanconganpelancongan yg berasaskan alam semula jadi spt hutan tropika, pantai atau pulau, dgn tujuan utk menikmati keindahan serta memulihara alam semula jadiKamus Dewan Perdana
eurodolarunit mata wang Amerika Syarikat yg didepositkan di bank-bank di luar Amerika Syarikat, terutamanya di Eropah utk tujuan perdaganganKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas