Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.nang] | تونڠ

Definisi : bakal isteri atau suami, laki-laki dan perempuan yg telah mengikat perjanjian utk menjadi suami isteri: dia tinggal tidak berapa jauh dr rumah ~nya; bertunang mengikat janji utk menjadi suami isteri (berkahwin): sesudah bekerja baru ~; bertunangan sudah terikat oleh janji utk menjadi suami isteri, mempunyai perhubung-an sbg tunang: mereka telah ~; menunang 1. meminta anak gadis supaya jadi isteri, melamar, meminang: orang muda yg kaya itu datang ~ engkau; 2. = menunangi mengajak bertunang dgn, meminta bertunang dgn: ia sudah ditunangi oleh seorang saudagar kaya; menunangkan memperhubungkan laki-laki dan perempuan dlm istiadat sbg tunangan: ia tidak mahu ditunangkan dgn anak bapa saudaranya; mempertunangkan menjadikan ber­tunang-(an): anaknya dipertunangkan dgn seorang pahlawan; tunangan tunang: barangkali abang sudah ada ~ ataupun sudah kahwin; pertunangan perihal bertunang (ber­tunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; penunangan perihal menunang (menunang­kan); petunang sl jampi atau mantera yg dikena­kan pd bunyi-bunyian utk menimbulkan rasa kasih kpd siapa yg mendengarnya; peluru ~ = peluru penunang sl peluru yg berjampi (tetap mengenai sasarannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.nang] | تونڠ

Definisi : , = tunangan bakal isteri atau bakal suami bagi seseorang; orang yg sudah mengikat perjanjian utk men­­jadi suami atau isteri (kpd sese­orang). bertunang mengikat janji utk men­jadi suami isteri; mempunyai atau ada tunangnya. bertunangan (sudah) ter­ikat oleh janji utk menjadi suami isteri; mempunyai perhubungan sbg tunang: Udi dan Uily baru ~, belum berkahwin lagi. menunang meminta anak gadis supaya menjadi bakal isteri; meminang; melamar. menunangkan menjadikan se­seorang bertunang (dgn): Dia tidak mahu ditunangkan dgn gadis itu. mempertunangkan menjadikan bertunangan: Saudara-mara dr kedua-dua belah pihak akhirnya bersetuju utk ~ mereka berdua. pertunangan perbuatan atau hal bertunang; ikatan bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. penu­nangan perbuatan (hal dsb) menunang atau menunangkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.nang] | تونڠ

Definisi : ; petunang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunang (kata nama)
Bersinonim dengan tunangan, bakal suami, bakal isteri, kekasih, teman, jodoh, pasangan, pacangan;,
Kata Terbitan : bertunang, menunangkan, mempertunangkan,

Puisi
 

Rumah siapa lentik bumbung,
     Rumah Cik Putih jual padi;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang abang nikah tak jadi.


Lihat selanjutnya...(28)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
berempunyamempunyai sso sbg tunang, suami dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas