Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai] | توڤاي

Definisi : sj binatang yg mengerip (mengunggis), bajing; jenis-jenisnya: ~ akar sj tupai, Tupaia ferruginea; ~ belang = ~ galang perahu, Lariscus spp.; ~ biji nangka = ~ naning sj tupai, Rhinosciurus laticaudatus; ~ gading sj tupai, Callosciurus prevostii; ~ kampung = ~ kelapa = ~ merah = ~ nyiur sj tupai, Callos-ciurus notatus; ~ kerawak hitam = ~ janjang = ~ nandung sj tupai, Ratufa bicolor; ~ kericik = ~ lengkuas sj tupai, Nannosciurus exilis; ~ tanah belang pendek sj tupai, Tupaia tana; ~ tanah belang panjang sj tupai, Tupaia dorsalis; bagai ~ bergelut prb rupa kehebatan langkah seorang pendekar tatkala menarikkan pedang; sepandai-pandai ~ melompat, sekali akan gawal juga prb sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga perbuatannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; ekor ~ sj tumbuhan (herba), Justicia betonica; sarang ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput tapak burung (itik), rumput keremit, Aneilema nudiflorum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : beberapa jenis binatang pe­nge­­rip atau pengunggis yg pandai melompat, Tupaia (Sciurus) spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tu.pai] | توڤاي

Definisi : ; tupai-tupai keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor tupaitumbuhan berbatang lembut yg tingginya sehingga kira-kira 1.5 m, bunganya berjambak menegak spt ekor tupai yg kebanyakannya berwarna putih berurat hijau, ditanam sbg tanaman hiasan, dan banyak juga yg tumbuh liarKamus Dewan Perdana
ekor tupaiekor kuda (tumbuhan)Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas