[tus] | توس
Definisi : bunyi spt bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yg dibasuh dll) dgn membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat utk mengetuskan (pinggan mangkuk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tus] | توس
Definisi : bunyi spt bunyi senapang (mercun dll), detus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tus] | توس
Definisi : ; mengetus mengeringkan benda yg dibasuh dgn membiarkan airnya menitik: Beras pulut itu ditus sebelum ditumbuk. mengetuskan membiarkan air yg ada pd sesuatu yg dibasuh menitik keluar: Beras pulut itu hendaklah dibasuh dahulu dan kemudian airnya dituskan. pengetusan perbuatan (hal dsb) mengetus atau mengetuskan. pengetus alat utk mengetus atau mengetuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)