| embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |
| emetik | ubat yg menyebabkan sso muntah | Kamus Dewan Perdana |
| epidural | ubat bius yg disuntikkan pd bahagian bawah tulang belakang supaya pesakit tidak berasa sakit dr paras pinggang ke bawah semasa pembedahan | Kamus Dewan Perdana |
| eter | cecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |
| eksantema | ruam kulit yg berlaku secara meluas pd tubuh, biasanya pd kanak-kanak, yg disebabkan oleh toksin, ubat, atau mikroorganisma, mis penyakit demam campak, rubela dan cengkering | Kamus Dewan Perdana |
| etanal | cecair tidak berwarna dlm kumpulan aldehid yg mudah terbakar dan digunakan utk membuat asid asetik, minyak wangi dan ubat-ubatan. Etanal ialah kata teknikal bagi asetaldehid. Formula: C₂H₄O | Kamus Dewan Perdana |
| empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |