Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enrolmenhal atau urusan mendaftarkan diri sbg pelajar di institusi, kolej dsb, atau sbg ahli dlm sst pertubuhan, persatuan dsbKamus Dewan Perdana
e-dagangurusan atau transaksi jual beli yg menggunakan Internet sbg medium perantaraKamus Dewan Perdana
e-kerajaanurusan atau perkhidmatan kerajaan yg dilaksanakan secara dalam talian, mis myIDENTITY, myHEALTH dan myemailKamus Dewan Perdana
mengendonpergi dan tinggal di sst tempat buat sementara atas urusan tertentu, mis rombongan pasukan pemain bola yg berlawan di tempat lainKamus Dewan Perdana
e-niagapendekatan atau bentuk perniagaan yg berteraskan teknologi moden secara elektronik, yg menggunakan Internet sbg medium perantara dlm urusan perniagaan spt pemasaran dan pengiklanan produk atau perkhidmatan dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas