Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : (témpoh) 1. berhenti dr melakukan sesuatu (bekerja dll), tidak bekerja lagi; tidak ~ a) = tidak ~nya tidak berhenti-henti, sentiasa; b) tidak ~ lagi = dgn tidak ~ dgn serta-merta, dgn segera; 2. beristirahat, berehat, mengaso: bolehlah ~ sebentar, kalau letih; 3. tidak hadir bekerja (bersekolah dll), cuti: dia dapat ~ sehari; 4. = waktu ~ = hari ~ waktu (hari) cuti, kelepasan, libur: waktu ~ tahun baru ini mereka pulang ke kampung; 5. bercuti, berlibur, ber­pakansi: pergi ~ ke sebuah tempat peranginan di tepi laut; menempohkan menghentikan, memer­hati-kan, membenarkan (mengizinkan) beristirahat; tidak ~ tangan sentiasa bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 masa atau waktu yg tertentu: Sudah sampai ~nya bagi mereka pulang ke tanah air mereka. 2 pd waktu; pd ketika: ~ kami tiba, dia tidak ada di rumahnya. 3 jangka waktu atau masa yg tertentu: Dia diberi ~ tiga bulan utk menghabiskan kerja itu. ~ hari beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tém.poh] | تيمڤوه

Definisi : /témpoh/ 1 berhenti atau tidak bekerja utk sementara waktu: Tiada ~ ia bekerja. 2 berehat; beristirahat: Bolehlah ~ sebentar kalau letih. 3 tidak hadir bekerja, bersekolah dll; cuti kelepasan: Dia dpt ~ tiga hari. menempohkan menjadikan berhenti; memberhentikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,



Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan

Istilah SumberIstilah SasarBidang
appropriation periodtempoh pengasingan; tempoh peruntukan; jangka masa peruntukanAKAUN, NIAGA
aperiodictempoh satu; tak berkalaEKO
adjustment periodtempoh pelarasanNIAGA
activity durationtempoh aktivitiNIAGA
accrual periodtempoh akruanCUKAI
accounting periodtempoh perakaunanAKAUN, EKO, NIAGA, PERD
aperiodic systemsistem tempoh satuNIAGA
aperiodic statekeadaan tempoh satuNIAGA
annuity dueanuiti awal tempohAKAUN,INS, NIAGA
annual load duration curvekeluk tempoh beban tahunanEKO

Kembali ke atas