Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.tan] | هوتن

Definisi : 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.tan] | هوتن

Definisi : kawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok (yg biasanya tidak dipelihara orang); rimba: Mereka pergi ke ~ mencari kayu api. ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok bakau. ~ belantara hutan yg besar. ~ lepas (rimba) hutan yg besar (yg belum dibuka orang). ~ lipur hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. ~ simpan kawasan hutan yg pokoknya tidak boleh ditebang. perhutanan ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja-kerja yg berkaitan dgn hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Ayam hutan terbang ke hutan,
     Hinggap di tanah mencari makan;
Hendak memikat burung di hutan,
     Burung di sangkar mati tak makan.


Lihat selanjutnya...(98)
Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(28)

89

Charity begin at home

Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.

(Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran

He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.

Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Bahasa Sukuan v2.0

KataTakrifBahasaTema
babi~ hutan bayik hutan;kedayan 
guwunhutan, rimba, belantara; 1 kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar: menaen bubou lubeang ~ menahan bubu dlm hutan; a mejaga ~ pengawas hutan; 2 ki tiada dipelihara, liar: babui ~ babi hutan; 3 pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan yg tidak dipelihara di suatu kawasaMelanau Mukah 
sageang Iranda hutan, cempaka hutan, Randia anisophyllea.Melanau Mukah 
payak IIpaya, rawa: ~ bakau paya bakau; ~ dalem paya redang; guwun ~ hutan paya, hutan rawang.Melanau Mukah 
sok I1 sj patung kecil, sebesar ibu jari, dibuat drpd pokok lada hutan atau limau hutan, utk menjaga anjing yg galak drpd didengki orang; 2 sj patung kecil drpd dibuat drpd tanduk utk mendatangkan nasib baik kpd pengail ikan.Melanau Mukah 
hutanguun [guwun]Melanau Dalat 
babashutan belukar; semak: rumah nya dikelilingi ~ rumah itu dikelilingi oleh belukar: nganti kijang dalam ~ menunggu kijang dlm hutan: ~ repa belukar yg tebal: buah ~ buah dr tumbuhan liar: bulu ~ daun dr tumbuhan liar: ~ udah bauh ki belukar sudah tinggi.Iban 
bungaih IIdara; 1 perawan, gadis: mahou wak agei ~ perempuan yg masih dara; 2 hutan asli, belum pernah diterokai: guwun ~ hutan dara;Melanau Mukah 
tuleidamar; ~ aluih damar halus, tepung damar; ~ bekilat damar mata kucing; ~ belulak damar violin, arpus, damar utk menyeratkan tali penggesek violin; ~ betok damar ketul; ~ bilem damar hitam; ~ guwun damar hutan, damar yg dibawa oleh pendamar dr hutan; ~ jatMelanau Mukah 
ipuonghutanTETAW 
12345678910

Kembali ke atas