Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 maju menghadapi atau menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya: Be­layar ~ angin. 2 menyambut ke­datangan orang; mengalu-alukan: Ba­nyak pegawai kerajaan yg pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 3 mengembalikan wang yg berlebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsong
Kata Terbitan : bersongsong, menyongsong,

Puisi
 

Tuan belayar menyongsong arus,
     Dapat bunga tiga sekaki;
Kalau tak dapat perempuan kurus,
     Tidak puas rasanya hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kuau mengigal (= menyesar).

Bermaksud :

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
windwardadv & n (naut) menyongsong angin: we sailed ~, kami belayar menyongsong angin; they steered a course to ~, mereka menukar haluan ke arah menyongsong angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close-hauledadj (naut) menyongsong angin: ~ sails, layar yg menyongsong angin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sail~ against; ~ against the wind, a. belayar menyongsong angin: only an experienced sailor can ~ against the wind, hanya pelaut berpengalaman sahaja yg boleh belayar menyongsong angin; b. (fig.) menghadapi kesukaran: I finally succeeded in winning her heart but for a long time I had been ~ing against the wind, akhirnya saya berjaya menawan hatinya tetapi hanya setelah menghadapi kesukaran dlm satu tempoh yg lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
windwardadj 1. facing the wind, hadap angin: the ~ side of the mountain, bahagian hadap angin gunung itu; 2. (naut) menyongsong angin: the boat sailed to ~ when the wind abated, kapal itu belayar menyongsong angin apabila angin reda;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stream 2. current of water etc flowing in a particular direction, arus: rowing against the ~ was hard work, berkayuh menyongsong arus memang susah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
against2. opposed in tendency, character to, /bertentangan, berlawanan/ dgn; (o’s wishes, will) tanpa: forced to act ~ his conscience, terpaksa bertindak bertentangan dgn kata hatinya; to be married ~ o’s will, berkahwin tanpa kerelaan hati sso; 3. in violation of, melanggar: an act that is ~ the law, perbuatan yg melanggar undang-undang; 4. that prohibits, melarang, menegah: is there a law ~ talking too much?, adakah undang-undang yg melarang orang bercakap terlalu banyak?; 5. in the opposite direction to, a. (current, tide, wind) melawan, menyongsong: he swam ~ the current, dia berenang melawan arus; b. (nap, hair, etc) menyongsong: to brush a hat ~ the nap, memberus topi menyongsong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
struggle3. progress, proceed with difficulty, dgn susah payah (approp v): the old man ~d to his feet, orang tua itu dgn susah payah cuba berdiri; the little boat ~d upstream against the strong current, perahu kecil itu dgn susah payah mudik ke hulu sungai menyongsong arus yg kuat; she ~d to unload a heavy box of groceries from the car, dia dgn susah payah menurunkan kotak-kotak barang runcit yg berat itu dr kereta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set3. apparatus for receiving radio or TV signals, set: the radio operator had some trouble in repairing the damaged ~, agak sukar bagi operator radio tersebut utk membaiki set yg rosak itu; 4. (math) set: ~ theory, teori set; 5. direction (of tide, wind, etc) arah, aliran: the ~ of the tide, arah air pasang; against the ~ of the current, menyongsong aliran arus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ by, berhampiran, berdekatan; ~ / on, upon/, almost, hampir: he was ~ on eighty, umurnya hampir lapan puluh tahun; ~ to, at only a short distance from, berhampiran dgn, dekat dgn: she sat ~ to me, dia duduk dekat dgn saya; they live ~ to the post office, mereka tinggal berhampiran dgn pejabat pos; ~ to home, hampir mengenai sasaran; ~ together, dekat-dekat: to stand ~ together, berdiri dekat-dekat; come ~ to, almost, hampir(-hampir): she came ~ to losing her job, dia hampir-hampir dibuang kerja; sail ~ to the wind, a. belayar menyongsong angin; b. (fig.) hampir melanggar tatasusila: he sails ~ to the wind in his criticism of the government, dia hampir melanggar tatasusila dlm kritikannya thdp kerajaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas