Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), bertumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhu­bungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.taut] | برتاءوت

Definisi : bertemu antara satu dgn yg lain (bkn bibir, luka dll); menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang dll): Biduk lalu kiambang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taut
Kata Terbitan : bertaut, menautkan, mempertautkan, pertautan,

Puisi
 

Pokok keladi di tepi paya,
     Bunga teratai kembang bertaut;
Kalau berbudi pada yang kaya,
     Sama mencurah garam ke laut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
coalescevi bergabung; (tech) bertaut: the tendency for these systems to ~ into large units, kecenderungan sistem-sistem ini utk bergabung menjadi unit-unit yg besar; salt ~s when it is wet, garam bertaut apabila basah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
healvi usu ~ up, ~ over, 1. sembuh, baik; (of broken bone) bertaut semula: the wound soon ~ed up, tdk lama luka itu pun sembuh; 2. (fig.) pulih: the rift between them ~ed over and they are now quite friendly, perhubungan yg retak antara mereka sudah pulih dan mereka sekarang berbaik semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ up, a. close for the night or temporarily, ditutup: you’ll have to leave, the shop is closing up, kamu terpaksa pergi, kedai akan ditutup; b. (of a flower) kuncup; c. (of wound) bertaut; ~ st up, menutup sst: we’ll have to ~ up the gaping hole, kita mesti menutup lubang yg ternganga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas