Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tin.dih] | برتينديه

Definisi : 1 bersusun yg satu di atas yg lain; berlapis(-lapis): Pinggan kotor ~-tindih di dapur. 2 berasak-asak kerana orang terlalu banyak atau tem­pat terlalu sempit: Penumpang dlm bas itu ~-tindih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertindih

Puisi
 

Pokok keduduk bercabang tiga,
     Akar palas bersimpul pulih;
Sungguh duduk bertindih riba,
     Jangan diharap kata nak boleh.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih),
     cacing di bawah juga.

Bermaksud :

Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
overlappingadj 1. lying one over the other, bertindih, bertindan, bertindan-tindih: ~ tiles, jubin bertindih; 2. (of systems, theories, interests, activities, etc) bertindan, bertindih: ~ responsibilities, tanggungjawab yg bertindan; ~ scheduling, penjadualan yg bertindih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overlapvi 1. be, lie upon, bertindih, bertindan, bertindan-tindih: the steel rods are laid so that the ends ~, batang keluli itu disusun supaya bahagian hujungnya bertindih; 2. coincide in part with, bertindan, bertindih; (of visits) bertindan: their duties seem to ~, tugas mereka nampaknya bertindan; his interests and mine partly ~, minatnya dan minat saya agak bertindan; the two words ~ in meaning, kedua-dua perkataan itu bertindan maknanya; your visit and mine will ~ by two days, kunjungan puan dan kunjungan saya bertindan selama dua hari;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top1on ~ of each other, a. bertindih-tindih, bertindan-tindan: she piled the books on ~ of each other, dia menyusun buku-buku itu bertindih-tindih; b. (colloq) very close together, bersesak-sesak, berhimpit-himpit: when you live in houses built on ~ of each other, you really appreciate the open countryside, kalau kamu tinggal dlm rumah yg dibina secara bersesak-sesak, kamu akan benar-benar menyukai kawasan kampung; on ~ of the world, berasa /bahagia, gembira/: ever since she heard the good news, she’s been on ~ of the world, sejak dia menerima berita baik itu, dia berasa bahagia; over the ~, berlebih-lebih: his reaction was over the ~, I thought, saya rasa reaksinya berlebih-lebih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
colon 1 n (punctuation mark) tanda titik bertindih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas