Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bong.ko/] | بوڠکوق

Definisi : 1. melengkung di bahagian belakang (bkn badan): segala rakyat kecil besar, tua muda, ~ tempang pun berkampunglah; 2. = membongkok menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah; ~ sabut bongkok spt bentuk sabut; ~ udang bongkok pd tengah belakang; ~ baru betul (buta baru celik) prb jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada; ~ kail nak mendapat (mengena) prb tipu muslihat itu ialah utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; di mana kayu ~, di sanalah hendak meniti prb orang yg bodoh mudah kena tipu; tak tahu di ~ tidur prb tidak tahu akan kekurangan diri sendiri; takkan ~ sebab menyorok prb tidak hina mengerjakan pekerjaan yg dipandang rendah jika utk maksud yg baik; yg ~ juga dimakan sarung prb yg bersalah juga yg akan menanggung dosa; membongkok 1. menggerakkan bahagian atas badan ke hadapan atau ke bawah: dia ~ sedikit spt memberi hormat; 2. merendahkan diri kpd, sangat hormat: ~ kpd orang besar; membongkokkan menyebabkan badan membongkok, melengkungkan badan: ~ badan memberi hormat;terbongkok-bongkok dgn membongkok-bongkok: ia ~ membuka kasutnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bong.ko/] | بوڠکوق

Definisi : melengkung ke hadapan (bkn badan); tidak lurus: Abdullah ternampak akan seorang perempuan tua ~ sedang mengambil air. ~ sabut bongkok yg menyerupai bentuk sabut. ~ udang bongkok di bahagian tengah belakang. membongkok merendahkan bahagian badan dr pinggang ke atas ke hadapan: Dia ~ sbg tanda hormat kpd pembesar itu. membongkokkan menjadikan bongkok: melengkungkan: Dia ~ badannya utk mengambil penselnya yg terjatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bongkok

Puisi
 

Kalau ada nenek tua,
     Kayu bongkok mati dijulang;
Kalau kehendak kita berdua,
     Karam perahu sama direnang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam,
     silap (= sesat) mengelarai.

Bermaksud :

Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
double~ up (with), a. bend , be convulsed, terbongkok(-bongkok); (with laughter) ketawa terbongkok-bongkok: to ~ up with pain, terbongkok-bongkok kesakitan; she ~d up when her husband walked in wearing his bunny costume, dia ketawa terbongkok-bongkok apabila suaminya masuk dgn memakai kostum arnab; b. share i. (room) berkongsi bilik; ii. (bed) berkongsi katil; ~ so. up (with), (act.) membuat sso terbongkok(-bongkok); (pass.) terbongkok-bongkok: the blow ~d him up, pukulan itu menyebabkan dia terbongkok-bongkok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stooping adj bongkok: ~ shoulders, bahu yg bongkok.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stoop n hunched position of the back and shoulders, bongkok: he walks with a ~, dia berjalan bongkok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unbowedadj 1. tdk bongkok: in spite of his age, his body was still ~, walaupun umurnya sudah lanjut, badannya masih tdk bongkok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slouch n drooping, stooping posture, bongkok, (approp v) membongkok: she would look taller if not for her ~, dia akan kelihatan lebih tinggi jika dia tdk bongkok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fold1~ up, a. collapse with laughter, mirth, terbongkok-bongkok ketawa; b. collapse with pain, terbongkok-bongkok kesakitan; c. see vi (sense 2.); ~ st up, see vt (senses 1 & 2.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stoop 2. cause to stoop, menjadikan [sst] bongkok: old age had ~ his back and dimmed his eyes, keadaannya yg sudah tua itu telah menjadikan belakangnya bongkok dan matanya kabur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
doublebend ~, a. (over st), (act.) membongkok; (pass.) terbongkok; b. (with pain, laughter), (act. & pass.) terbongkok-bongkok; c. (with age) bongkok /betul, tiga/; see ~, nampak /sso, sst/ dua: the glare made me see ~, cahaya silau itu menyebabkan saya nampak benda-benda dua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
round-shoulderedadj (derog) bongkok sabut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
humpbackedadj 1. (of person) bongkok; 2. (of animal) berponok, berbonggol, berkelasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas