Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : gentar, goncang, goyang; bergegar bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom;menggegar menggeletar, menggetar, gemuruh: bunyi letupan ~ hingga ke rumah-rumah yg berdekatan;menggegarkan menggoncangkan, menggoyangkan, menggetarkan: satu letupan ~ kapal itu; jeritan hatiku yg amat ~ jantung;tergegar tergoncang, tergoyang: kerana kemalangan itu otaknya ~, maka terpaksalah ia dihantar ke rumah sakit gila; gegaran perihal bergegar: rumah itu roboh kerana ~ gempa; penggegar unsur (orang atau alat) yg menggegarkan sesuatu: beliau bukan sahaja penyeri tetapi juga ~ gelanggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.gar] | ݢݢر

Definisi : ; bergegar 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gegar

Puisi
 

Anak Cina memasang colok,
     Pergi ke pasar membeli pari;
Jangan gegar jangan dijolok,
     Kerana buah muda lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
juddervi (UK), (of vehicle) shake, shudder violently, bergegar-gegar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
squeak the little animal ~ed when he picked it up, binatang kecil itu berdecit apabila dia mengangkatnya; the car ~ed and rattled, motokar itu berkeriut dan bergegar-gegar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rattlen 1. rattling sound, berdetar-detar: the windows ~d in the wind, tingkap-tingkap itu berdetar-detar dipukul angin; hail ~d against the window pane, hujan batu berdetar-detar memukul-mukul kaca tingkap; 2. go, move, with such sounds, bergegar-gegar: the old car ~d down the hill, kereta lama itu bergegar-gegar menuruni bukit itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas