Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)

45

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
fecklessadj 1. feeble, inefficient , dibuat hendak tak hendak: ~ attempts , percubaan yg dibuat hendak tak hendak; 2. lazy , lembap: a ~ worker , pekerja yg lembap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fecklessnessn 1. feebleness, inefficiency , dibuat hendak tak hendak; 2. laziness, sifat yg lembap: her ~ made home life uncomfortable, sifatnya yg lembap membuat kehidupan di rumah tdk selesa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
like 2 ~ it or not, mahu tdk mahu, suka tdk suka, hendak tak hendak: ~ it or not, we have to follow the rules, mahu tdk mahu kita kenalah mengikut peraturan itu; how do you ~, a. (when asking for an opinion) apa /pendapat, pandangan/ kamu ttg...: how do you ~ our new office?, apa pendapat kamu ttg pejabat baru kami?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
like 2 ~ it or not, mahu tdk mahu, suka tdk suka, hendak tak hendak: ~ it or not, we have to follow the rules, mahu tdk mahu kita kenalah mengikut peraturan itu; how do you ~, a. (when asking for an opinion) apa /pendapat, pandangan/ kamu ttg...: how do you ~ our new office?, apa pendapat kamu ttg pejabat baru kami?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deaddead-(and-)alive adj 1. (of place); 2. (of manner), /mahu tak mahu, hendak tak hendak/ sahaja: to go about o’s work in a ~ manner, membuat kerja secara mahu tak mahu sahaja; 3. (of person) tdk bersemangat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wantvt 1. have a desire for, hendak, mahu: I think the child ~s more food, saya fikir budak itu hendak makanan lagi; do you really ~ a new dress?, benarkah kamu hendak baju baru?; what do you ~ for dinner?, apa yg kamu mahu utk makan malam?; I ~ the car washed, saya mahu kereta itu dicuci; 2. wish, hendak, mahu: I ~ to know why it happened, saya hendak tahu mengapa perkara itu berlaku; I don’t ~ to be late, saya tdk mahu terlambat; he ~s everyone to be happy, dia mahu setiap orang gembira; he didn’t ~ me to go, dia tdk mahu saya pergi; 3. require or need, perlu: the essay ~s revising, esei itu perlu disemak semula; the house ~s a coat of paint, rumah itu perlu dicat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
marketa. (ingin, hendak) membeli: they are in the ~ for a second-hand car , mereka hendak membeli kereta terpakai; b. ( fig.), (ingin, hendak) mencari: I’m always in the ~ for good enterprising ideas, saya selalu mencariKamus Inggeris-Melayu Dewan
Scyllan (Greek mythol) raksasa laut; between ~ and Charybdis, ditelan mati emak, diluah mati bapa, hendak ditelan termengkelan, hendak diluah tiada keluar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
distractiondrive so. to ~, (act.) membuat sso bagai hendak gila; (pass.) bagai hendak gila: he was driven to ~ by her nagging, dia bagai hendak gila krn leterannya; love so. to ~, /amat, sangat/ mencintai sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
aboutbe ~ to [infin] baru saja /hendak, akan/ [v]; (colloq) sudah hendak [v]: our guests are to depart, tamu kita sudah hendak berangkat; /how, what/ ~ (st), a. (infml invitation) bagaimana kalau [v], apa kata [v] nak [v]: how ~ a game of tennis?, bagaimana kalau kita main tenis?; b. (used to get information, so’s opinion) bagaimana dgn: how ~ the second question, was it difficult?, bagaimana dgn soalan kedua, susahkah?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas