Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.li] | کالي

Definisi : 1. darab (digunakan utk menggandakan, memperbesar, memperbanyak sesuatu jumlah atau bilangan): tiga ~ empat (jadi) dua belas; hasil ~ hasil mendarabkan bilangan; tanda ~ tanda × (dlm kira-kira darab); 2. waktu (keja­dian dll) yg berturutan atau berulang-ulang, ketika atau waktu berlakunya dll sesuatu: setiap ~ orang datang, ia disuruh keluar; jam di dinding berbunyi lapan ~; inilah ~ kedua berlakunya kemalangan di tempat itu minggu ini; bilang ~ setiap kali; julung ~ pertama kali; kali-kali daftar hasil darab yg tersusun, sifir; sekali 1. satu kali: ~ angkat saja, habis semuanya; sambutan itu diadakan setahun ~; 2. suatu ketika (waktu dsb); ~ persetua (peristiwa) pd suatu kejadian (digunakan dlm sastera lama utk memulakan cerita); 3. semuanya pd satu waktu (dilakukan, dikerja­kan, dll), pd waktu yg sama, sekali gus, (dgn) serentak: menghulurkan empat keping tiket ~; Menteri pun bangkit membuat laporan lalu mengusulkan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 4. semuanya atau seluruhnya bersama-sama (tidak ada kecualinya), berserta dgn yg lain (nya), juga: kalau dia pun berada di situ, tangkap dia ~; kaedah menulis karangan diberikan dlm setiap pelajaran dgn contoh dan latihannya ~; 5. amat, terlalu, sangat: orang yg penting ~; rumah itu bagus ~; ia berada di muka ~; ~ gus (melakukan sesuatu dll) dgn satu kali sahaja atau serentak : mereka mahu membayar baki hutang mereka ~, gus; ~ harung bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; ~ imbas sepintas lalu, sambil lalu; ~ lalu a) sekali imbas; b) (dgn) serentak, sekali gis; sekali-kali langsung, sama sekali, sedikit pun: tak mahu ~; jangan ~ berbohong; masalah wanita dlm perundangan Islam tidak ~ boleh dilihat dr satu sudut sahaja; sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-­kadang, ada kalanya: ~ ia pergi ke tingkap dan menjenguk ke luar; sesekali pd waktu malam, terdengar juga bunyi ledakan meriam; sekali-sekala kedengaran bunyi guruh mendayu-dayu; sekalipun = jika... ~ = walau... ~ meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; bersekali bersama-sama sekali (dgn), ber­serta (dgn): bawakan Balai Tinjau Maya, bidadari dan gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas; berkali-kali beberapa kali (berturut-turut), berulang kali, kerap kali, sering kali: mereka membunyikan hon lori itu ~; ~ sudah saya ingatkan dia; mengalikan, memperkalikan mendarab­kan, menggandakan: ~ 2 dgn 7 (= 14); kalian 1. = sekalian; 2. bp awak (kamu) semua: biarlah ~ dulu, aku akan menyusul; ~ memang begitu, suami isteri serupa saja; daftar ~ kali-kali, sifir; sekalian 1. semua(nya), segala: ~ perompak kembali ke bahteranya; kami dgn rendah hati mempersilakan anda ~ utk mengirimkan rencana bahasa; 2. = kamu ~ kamu (awak) semuanya; 3. sekali jalan (membuat sesuatu di samping membuat sesuatu yg lain), serentak (melakukan dll), sambil; perkalian 1. pendaraban, perbanyakan, per­gandaan; 2. hasil darab; pengali Id pendarab; pekali angka yg ditulis sebelum sesuatu lambang: dlm 7 abx, 7 ialah ~ bagi abx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : Jk barangkali: ~ dia sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : Jw sungai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.li] | کالي

Definisi : kejadian atau waktu yg berlaku berulang-ulang atau berturut-turut: Jam di bilik itu berbunyi tujuh ~. kali-kali daftar bilangan yg digandakan berturut-turut (spt 3x1, 3x2, 3x3, 3x4); sifir. kalian kamu semua; sekalian. berkali-kali berulang kali; kerap atau acapkali; sering; selalu: Mereka membunyikan hon kereta ~. mengalikan menggandakan atau mendarabkan bilangan: Berapa jawabnya jika kita ~ empat puluh dgn dua puluh tiga? sekali 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. sekali-kali sedikit pun; sama sekali; langsung: Kami ~ tidak berhajat kpd kuda dan tentera kamu. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala kadang-kadang; kadangkala; ada kalanya: ~ dia pergi menjenguk ke luar tingkap. ~ kedengaran bunyi guruh. bersekali bersama-sama sekali; berserta: Bawa gajah putih sepasang ~ dgn rantai emas. sekalian 1 semuanya; seluruhnya; segenap: ~ pencuri itu telah ditangkap polis. 2 = kamu ~ kamu semua; awak semua; kalian. perkalian 1 (sifir) kali-kali. 2 hitungan darab. pengalian perbuatan mengalikan atau mendarabkan; penggandaan. pengali angka yg digunakan utk menggandakan; pendarab. pekali nombor atau simbol yg diletakkan sebelum sesuatu nilai lain; koefisien. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.li] | کالي

Definisi : sungai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kali (kata nama)
Bersinonim dengan darab.

Puisi
 

Dua kali landak memanah,
     Terkena pula buah durian;
Dua kali turun ke tanah,
     Bertemu mulut kita janjian.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(36)

34

Death is better than disgrace

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Death is better than disgrace. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
timemany a ~, berkali-kali, berulang kali, kerap kali, sering kali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
multiplication tablen sifir (darab), kali-kali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frequentadj /kerap (kali), sering (kali), selalu/ + approp v; (attrib) kerap (kali), sering (kali), selalu; (with compar & superl) kerap, sering: thunderstorms are ~ in the area, ribut petir kerap berlaku di kawasan ini; they made~ changes to the text, mereka selalu membuat perubahan pd teks itu; her letters became more ~, suratnya makin kerap diterima; the most ~ visitor was Mr Naidhu, pengunjung yg paling kerap ialah Encik Naidhu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
repeatedlyadv berulang kali, berkali-kali: he was ~ absent from school, dia berulang kali tdk hadir ke sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over~ and ~ again, repeatedly, berkali-kali, berulang-kali: I’ve told you ~ and ~ again not to do it, berkali-kali saya memberitahu kamu supaya jangan melakukan perkara itu; ~ and out, habis; ~ to you, ganti; (all) ~ again, once more, sekali lagi, semula: do it ~ again, buat sekali lagi; all ~, on the whole surface, seluruh: he ached all ~, seluruh badannya sakit-sakit; that’s so. all ~, itulah dia sso: well, that’s Jones all ~, ha, itulah dia Jones;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
time~ after ~, ~ and again, ~ and ~ again, berkali-kali, berulang kali: I’ve warned him ~ after ~, but he takes no notice, sudah berkali-kali saya mengingatkannya tetapi dia tdk mengambil peduli;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afterlive happily ever ~, hidup bahagia selama-lamanya; time ~ time, berkali-kali, berulang kali: I have reminded him time ~ time, berkali-kali saya mengingatkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frequentlyadv kerap (kali), sering (kali), selalu; (compar & superl) kerap, sering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twice~ as ... as ..., ~ the /size, age, etc/ of, dua kali (ganda) lebih ... drpd ..., dua kali ... ...: he’s ~ as old as his wife, dia dua kali lebih tua drpd isterinya or umurnya dua kali ganda umur isterinya;the baby was ~ as big as he was when I last saw him, bayi itu dua kali lebih besar drpd kali terakhir saya melihatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
oftenadv 1. frequently, kerap (kali), sering (kali), selalu: I see him quite ~, saya agak kerap menemuinya; this sort of thing is happening far too ~, perkara begini berlaku terlalu kerap; he comes too ~ for my liking, saya tdk senang krn dia datang selalu sangat; 2. in many cases, biasanya, selalunya: children ~ think of step-mothers as wicked, kanak-kanak biasanya beranggapan bahawa ibu tiri itu jahat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas