Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucap­kan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan; ~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk me­minta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. menentukan nasib, mentakdir­kan; 2. memohon, menghendaki: maka ia ~karangkan suatu kitab dlm bahasa Melayu; Tinah selalu ~ Encik Ramli menceritakan apa yg difikirkannya; ~ izin memohon supaya diizinkan; ~ tangguh memohon supaya ditangguhkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.min.ta] | ممينتا

Definisi : 1 menyatakan mahu akan sesuatu; memohon: Ia ~ secawan kopi drpd isterinya. 2 melamar (anak gadis ) utk dijadikan isteri; meminang. 3 mengucapkan atau melafazkan (doa dll). 4 mengharapkan; memohon: Para hadirin diminta berdiri sebentar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Anak Cina mengetam papan,
     Papan diketam berlaga-laga;
Meminta mati dalam pangkuan,
     Meminta siram si air mata.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bila meminta: lembut gigi daripada lidah.

Bermaksud :

Bila berkehendakkan sesuatu maka selalu orang berlemah lembut dan merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
apologeticadj 1. containing an apology, meminta maaf: to write an ~ letter, menulis surat meminta maaf; ~ pleas, rayuan utk meminta maaf; 2. showing, expressing apology, seolah-olah meminta maaf: he gave me an ~ smile, dia tersenyum seolah-olah meminta maaf kpd saya; to speak in an ~ voice, bercakap dgn suara seolah-olah meminta maaf; 3. willing, anxious to apologize, a. (at specif instance) meminta maaf; b. (by nature) suka meminta maaf: she was ~ about the mistake, dia meminta maaf krn kesalahan itu; he is always so ~, dia selalu suka meminta maaf.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
begvi 1. ask for alms, charity, meminta sedekah, mengemis: he ~s at street corners, dia meminta sedekah di sudut-sudut jalan; 2. ask earnestly, meminta-minta, meminta /sangat-sangat, sungguh-sungguh/: the children ~ged to be allowed to go, kanak-kanak itu meminta-minta supaya dibenarkan ikut sama; 3. plead humbly, merayu: the man was on his knees, ~ging to be released, orang itu bertelut sambil merayu agar dibebaskan; 4. (in certain formal expressions) mohon (izin): I ~ to announce that..., saya mohon izin utk mengumumkan bahawa... or saya mohon mengumumkan bahawa...; I ~ to differ, saya mohon berlainan pendapat or saya mohon utk mengatakan bahawa saya tdk bersetuju; I ~ to inform you that..., saya mohon utk memaklumkan bahawa...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ask~ for, a. request, meminta: to ~ for more money, meminta wang lebih banyak; to ~ for forgiveness, meminta ampun; b. look for (esp to speak to so.) meminta utk berjumpa dgn: she ~ed for the headmistress, dia meminta utk berjumpa dgn guru besar; c. demand as a price, see vt (sense 6.); ~ for /it, trouble/, mencari /bala, susah/; ~ for so’s hand, melamar sso; ~ so. for (st), meminta [sst] drpd sso: to ~ so. for advice, meminta nasihat drpd sso; ~ st for (st), see vt (sense 6.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beg~ for st, a. ask for st as charity, meminta sst: ~ for money, meminta wang; b. plead humbly, merayu meminta sst: to ~ for o’s life, merayu meminta supaya tdk dibunuh; ~ so. for st, meminta sst drpd sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
encorevt meminta mengulangi + approp n, meminta + approp v + sekali lagi: the audience ~d the pianist, para penonton meminta pemain piano itu mengulangi permainannya or para penonton meminta pemain piano itu memainkan lagu itu sekali lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
begvt 1. ask for (st as charity) meminta: to ~ alms, meminta sedekah; 2. ask earnestly, meminta /sangat-sangat, sungguh-sungguh/: we ~ you to help us, kami meminta sungguh-sungguh supaya tuan menolong kami; 3. plead humbly, a. (to so.) merayu kpd: she ~ged the brigands to spare her husband’s life, dia merayu kpd pengganas-pengganas itu supaya tdk membunuh suaminya; b. (for st) merayu meminta: he ~ged $10.00 from me, dia meminta $10.00 drpd saya; 4. avoid, lari dr: the plan clearly ~s the central issue, rancangan itu nyata lari dr persoalan pokok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beg~ of so., meminta /sangat-sangat, sungguh-sungguh/: I ~ of you not to take the risk, saya meminta sungguh-sungguh supaya tuan tdk mengambil risiko itu; ~ st of so., meminta sst drpd sso: to ~ a favour of so., meminta pertolongan drpd sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
apologize, apologisevi meminta maaf: he ~d to his host for being late, dia meminta maaf kpd tuan rumah krn terlambat; to ~ for so’s rudeness, meminta maaf krn kebiadaban sso.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
solicitvt 1. make earnest request to, meminta: the old man ~ed me to help him across the road, orang tua itu meminta saya menolongnya menyeberangi jalan; beggars ~ed the tourists for money, pengemis-pengemis meminta pelancong memberinya wang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
kissableadj meminta /dikucup, dicium/: ~ lips, bibir yg meminta dicium.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas