Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. per­bandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagang­an Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukuman­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg diguna­kan utk menimbang. ~ spring neraca yg memakai spring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
neraca (kata nama)
1. Bersinonim dengan dacing: alat timbang, penimbang, mizan,

2. Bersinonim dengan perimbangan: perbandingan, kadar, nisbah, nilai.,


Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
balancen 1. (weighing apparatus) neraca; 2. state of equilibrium, keseimbangan; 3. counterweight, pengimbang: the comic elements in the play serve as a ~ to the tragic ones, unsur-unsur komedi dlm drama itu menjadi pengimbang unsur-unsur tragis; 4. ability to retain bodily equilibrium, ke(se)imbangan, perimbangan: exercises to improve a dancer’s ~, senaman utk membaiki keseimbangan penari; to find a ~ between two extremes, mencari perimbangan antara dua hal yg keterlaluan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emblemn lambang: the balance is an ~ of justice, neraca ialah lambang keadilan; the ~ of a school, lambang sekolah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scale 2 n 1. (in pl) weighing machine, penimbang, alat timbang; 2. either of two pans on a balance, dacing, neraca;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
balancevt 1. weigh in or as if in a balance, mengimbangkan: to ~ the profit and loss, mengimbangkan untung rugi; 2. bring into equilibrium, mengimbangkan: to ~ the scales, mengimbangkan neraca; to ~ os on a tight rope, mengimbangkan diri di atas tali yg terentang tegang; to ~ exports with imports, mengimbangkan eksport dgn import; 3. (accounting) mengimbangkan akaun; 4. assess, compare, menimbang: it is wise to ~ the advantages against the disadvantages, lebih baik kita menimbang buruk baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas